Latar belakang dan orang utama Krisis_politik_Malaysia_2020

Anwar Ibrahim, presiden PKR
Azmin Ali, bekas timbalan presiden PKR

Pakatan Harapan, sebuah gabungan empat parti politik; Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bersatu, Amanah, dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), memenangi pilihan raya umum Malaysia 2018, mengalahkan penyandang terdahulu, Barisan Nasional, yang telah memegang kuasa di kerajaan persekutuan untuk 60 tahun.[1][2] Mahathir Mohamad, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan presiden Pakatan Harapan, telah dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, menjadikan beliau Perdana Menteri tertua di dunia.[3] Beliau sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri keempat dari tahun 1981 sehingga tahun 2003, di bawah nama UMNO, komponen parti Barisan Nasional.[4] Beliau meninggalkan parri tersebut dan mengasaskan PPBM untuk menentang Perdana Menteri keenam, Najib Razak, yang telah disuruh meletak jawatan berulang kali selepas skandal 1MDB.[5]

Mahathir berdamai dengan bekas musuh besar politiknya, Anwar Ibrahim yang merupakan pemimpin PKR, untuk memenangi pilihan raya. Anwar sebelum ini ialah Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan Mahathir dari tahun 1993 hingga 1998 sebelum beliau dipecat dan dipenjara dari tahun 1998 hingga 2004 atas tuduhan rasuah. Beliau sekali lagi ditahan pada tahun 2014 atas tuduhan liwat sebelum menerima pengampunan diraja pada tahun 2018 dari Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.[6][7] Mahathir telah berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam masa 2 tahun.[7]

Azmin Ali ialah timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebelum ini telah berkhidmat sebagai setiausaha peribadi Anwar dari tahun 1993 sehingga tahun 1998,[8] dan merupakan anak angkat Mahathir.[9] Beliau meninggalkan Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) kerana memihak kepada PKR (dipanggil Keadilan) selepas pemenjaraan pertama Anwar.[8] Beliau menjadi Menteri Besar Selangor apabila beliau dipilih oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin kerana memihak kepada isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail semasa kontroversi gerakan politik yang dipanggil "Langkah Kajang".[10] Beliau berdamai dengan Mahathir selepas pilihan raya umum 2018, melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Besar untuk menyertai kabinet Mahathir sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.[11]

Muhyiddin Yassin ialah presiden dan salah seorang pengasas parti PPBM. Beliau pernah menjadi timbalan presiden UMNO dan merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri dari tahun 2009 sehingga tahun 2015 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-6, Najib Razak.[12][13] Beliau telah dibuang dari jawatannya selepas beliau mengkritik Najib berikutan penglibatannya dalam skandal 1MDB dan telah dipecat dari parti pada 2016.[13][14]

Yang di-Pertuan Agong, ketua negara Malaysia ialah raja berperlembagaan Malaysia dan kedudukan baginda berulang antara sembilan penguasa Melayu setiap lima tahun.[15] Baginda mempunyai pregogatif untuk melantik perdana menteri berdasarkan kepada kepercayaan baginda untuk memegang sokongan majoriti rakan-rakannya, anggota parlimen Malaysia, sebagai perdana menteri, mengikut Perkara 43 Perlembagaan Malaysia.[16] Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan terkini, ialah Sultan Abdullah yang menaiki takhta pada Januari 2019.[17]

Rujukan

WikiPedia: Krisis_politik_Malaysia_2020 http://www.abc.net.au/news/2015-07-29/malaysia-pm-... http://english.astroawani.com/politics-news/malay-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/semua-ja... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sidang-d... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-p... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-m-ti... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/wakil-pe... http://www.astroawani.com/berita-politik/apa-maksu... http://www.astroawani.com/berita-politik/bersatu-c...